HomeBeritaViralWanita cantik hantar bekal kepada suami kerja J&T jadi bualan netizen

Wanita cantik hantar bekal kepada suami kerja J&T jadi bualan netizen

ARTIS cantik baru-baru ini Fatin Afeefa meletakkan syarat ‘kacak dan kaya’ sebagai pasangan hidupnya.

Namun realiti kehidupan tidak semua wanita cantik meletakkan syarat sedemikian dalam memilih pasangan.

Masih ada nilai lain yang dilihat untuk hidup bersama menggapai impian dan kebahagiaan.

Begitulah yang menjadi bualan netizen menerusi video TikTok @fatihamazlan1997 baru-baru ini yang ditonton 1.7 juta dan lebih 100,000 kesukaan.

Menerusi akaun milik wanita cantik ini, dia gigih membawa bekal untuk suami yang dipercayai bekerja sebagai penghantar kurier J&T Express.

Dengan kapsyen “Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan. Love You Bae”

Menerusi video itu kelihatan wanita itu tiba di sebuah tempat suaminya sedang berehat.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat membawa mangkuk tingkat yang diisi pelbagai lauk kegemaran dan juga nasi putih untuk bekal suaminya.

Malah, dia siap menemani suaminya itu makan di dalam lori sampailah habis waktu rehat.

Dalam video-video lain, wanita itu memang rajin memasak dan kuantiti yang banyak kemungkinan mengambil upah katering untuk restoran.

Rata-rata netizen memuji kecantikan, pandai memasak dan tidak memilih status suami.

https://www.tiktok.com/@fatihamazlan1997/video/7181371384419978522?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6938351122520229378

Author

Pilihan Editor