HomeBeritaViralWarden buat 'spot-check' sambil Live di TikTok, netizen kantoikan lubuk rahsia pelajar

Warden buat ‘spot-check’ sambil Live di TikTok, netizen kantoikan lubuk rahsia pelajar

BAGI mereka yang pernah tinggal di asrama semasa zaman persekolahan, pasti mengerti perasaan ‘kelam-kabut’ apabila mengetahui warden akan menjalankan operasi spot-check.

Sudah tentu ada yang ‘gelabah’ mendengar perkataan spot-check hingga terpaksa memerah idea kreatif untuk pastikan barangan terlarang yang dibawa kekal selamat dalam jagaan.

Namun, siapa sangka peredaran zaman yang makin maju dengan penggunaan teknologi kini tanpa sedar memudahkan urusan para warden membuat pemeriksaan mengejut itu.

Perkara itu boleh dilihat menerusi perkongsian video yang tular di media sosial dimana seorang warden sekolah melakukan spot-check sambil membuat Live di TikTok.

Dalam video itu, kelihatan seorang guru lelaki sedang membuat rondaan di sekitar bilik pelajar sambil membaca komen-komen yang ditinggalkan warga maya.

Menariknya, rata-rata komen yang menjengah dalam ruangan Live guru berkenaan dilihat seolah-olah cuba ‘kantoikan’ lokasi simpanan barangan terlarang seperti rokok dan telefon pintar.

Antara lokasi yang warga maya cadangkan guru itu periksa adalah di di bawah tiang katil, di bahagian belakang tingkap dan di celah-celah almari kerana kawasan berkenaan merupakan ‘best spot’ untuk pelajar sembunyikan barang mereka.

Video Live  yang dimuat naik semula dalam laman Twitter itu turut mendapat tumpuan netizen sehingga menzahirkan rasa kasihan pada pelajar zaman kini yang dilihat perlu lebih kreatif dalam menyembunyikan barangan terlarang di asrama.

https://twitter.com/malaysiadude/status/1609942550747676674?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1609942550747676674%7Ctwgr%5Ebfd4139f16fe31d93fb8c5eebf0a523cf7602298%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fcikgu-buat-live-masa-spotcheck-asrama-netizen-bantu-kongsi-tempat-sembunyi-barang-terlarang%2F

Dalam pada itu, ada juga yang turut berkongsi pengalaman serta idea mereka menyimpan barangan terlarang semasa tinggal di asrama.

Author

Pilihan Editor