HomeBeritaZahid arah Felcra sedia pelan keterjaminan makanan

Zahid arah Felcra sedia pelan keterjaminan makanan

SETAPAK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Felcra Berhad (Felcra) menyediakan pelan Transformasi 3.0 bagi mencapai tahap keterjaminan makanan.

Pelan ini khususnya membabitkan pengeluaran ayam, daging dan telur secara domestik dengan mengurangkan kebergantungan kepada import dalam tempoh empat tahun lagi.

Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa berkata ia berikutan kejayaan agensi terbabit melalui pelaksanaan transformasi sebelum ini.

Mengulas lanjut Zahid berkata, Felcra diminta untuk menggariskan tiga elemen utama dalam menjayakan Transformasi 3.0 iaitu tanggungjawab agensi itu ke atas sosial, komersial dan membantu menjayakan keterjaminan makanan.

“Felcra mesti bersama kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memberi penekanan terhadap keterjaminan makanan.

“Felcra mempunyai keluasan tanah sebanyak 200,000 hektar mencakupi pelbagai bidang aktiviti agro ekonomi maka fokus keterjaminan makanan ini sudah dikenal pasti untuk menjadikan fokus baharu.

“Saya ingin sarankan supaya Transformasi 3.0 dirancang dan membantu kerajaan dari segi keterjaminan makanan… saya boleh jadi fasilitator untuk menghasilkannya,” katanya pada Taklimat FELCRA bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, di sini, hari ini.

Author

Pilihan Editor