HomeBeritaMahkamah & JenayahAbang sanggup rogol adik kandung hingga lahirkan anak

Abang sanggup rogol adik kandung hingga lahirkan anak

JELEBU: Seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol adik kandungnya, tahun lalu sehingga melahirkan anak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 15 tahun, melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Palong pada Jun dan September 2022.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan fakta kes adiknya melahirkan bayi lelaki cukup sifat, 16 Februari lalu dengan dibantu ibunya, lapor Harian Metro hari ini.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.

Tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi atau mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Author

Pilihan Editor