CYBERJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa kerajaan sentiasa terbuka dengan konsep kebebasan bersuara.
Bagaimanapun, kebebasan itu harus difahami setiap individu supaya tidak menyalahgunakan untuk perkara sebaliknya.
Pada masa sama, Fahmi turut memaklumkan Kementeriannya turut membuat jalinan kerjasama strategik dengan penyedia-penyedia platform media sosial.
“Semalam saya bermesyuarat secara hibrid bersama pihak Twitter di Angkasapuri.
“Kementerian telah menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia-penyedia platform media sosial melalui siri pertemuan sebelum ini.
“Seperti yang saya tegaskan di Parlimen, kerajaan akan sentiasa menyokong kebebasan bersuara termasuk di media sosial. Tetapi kebebasan bersuara bukan kebebasan menabur fitnah,” tulisnya di Facebook hari ini.