KUALA LUMPUR: Isteri pempengaruh TikTok, Norsufia Johari yang tular disebabkan bayi lelaki berusia 53 hari yang berdepan masalah pendaftaran sijil kelahiran akhirnya selesai.
Ia susulan, selepas campur tangan peguam ternama dan suaminya iaitu Kay Azlee atau dikenali sebagai Boss Kay hadir memberi kerjasama bagi urusan itu.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh telah memaklumkan kelulusan berkenaan dalam satu pertemuan pada Khamis.
Norsufia memberitahu, Ruslin menjelaskan prosidur pendaftaran berkenaan yang mewajibkan dokumen asli kedua ibu bapa perlu dipamerkan bagi mengelakkan isu anak bukan biologi berlaku.
“JPN bimbang jika contohnya suami berada di penjara atau bertugas di luar negara namun isteri memiliki anak bukan perkongsian bersama lalu mendaftarkan anak itu mengikut keturunan suaminya.
“Setiap prosedur dilakukan sudah ada alasannya kenapa ia dibuat begitu.
“Bagaimanapun saya bersyukur selepas isu ini viral, kes saya lebih mudah dan cepat diselesaikan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Bagaimanapun, timbul isu kurang enak didengar apabila Boss Kay mendakwa menerusi TikTok miliknya bahawa isterinya itu mempunyai masalah mental punca tidak pulang ke rumah sekaligus jejas pendaftaran anak.
Norsufia atau lebih mesra dengan panggilan Cik Pia pula menafikan dakwaan suami bahawa dirinya menghidap masalah bipolar serta lain-lain.
Difahamkan, sejak Disember lelaki terbabit tidak pulang ke rumah dan dakwa isterinya, suaminya ada hubungan dengan seorang artis.
Malah, menurut Cik Pia itu juga, emosi makin tidak stabil selepas mengetahui suami mempunyai wanita lain di belakangnya.
Sebelum ini, Cik Pia ada berkongsikan di media sosial bahawa diri berasa sedih Boss Kay tidak hadir untuk mengazankan anak yang baru lahir, selain membiarkan dirinya hidup terkontang-kanting tanpa memberi sebarang nafkah.
Isu itu mula tular dan menimbulkan pula isu pengabaian suami dan bapa yang menyebabkan anak kedua baharu itu dianggap anak tak sah taraf.
Cik Pia turut meluah rasa kecewa apabila pihak JPN sebelum ini meminta bayi mereka dibinkan Abdullah atau 99 nama Allah.
Wanita itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi dan juga aduan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sehingga proses pendaftaran itu selesai.
Berdasarkan tinjauan MEDIA VARIASI di media sosial, Boss Kay didakwa dilihat sering bersama dengan seorang penyanyi dan pelakon wanita dan masing-masing mesra dengan berpegang tangan serta panggilan romantis di akaun wanita itu.
Boss Kay mula popular di TikTok kerana sering berkongsi cara pemasaran produk di media sosial dan dikatakan mengenali artis berkenaan di platform berkenaan.