HomeBeritaViralBunyi lato-lato ganggu majlis akad nikah, Tok Kadi ‘sound’ budak suruh diam

Bunyi lato-lato ganggu majlis akad nikah, Tok Kadi ‘sound’ budak suruh diam

DEMAM lato-lato yang popular di Indonesia kini sudahpun memasuki Malaysia sehinggakan jika anda ke pasar malam atau pasar raya pasti kelihatan lambakan permainan lato-lato dijual.

Permainan yang sedang trending itu nyata membuatkan sebilangan pihak rasa kurang senang kerana bukan sahaja membahayakan diri si kecil malahan, bunyi yang terhasil ketika dimain itu terkadang merimaskan.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang Tok Kadi yang sedang bertugas mengendalikan sesi akad nikah terganggu seketika dek bunyi lato-lato itu.

Menerusi video itu, kelihatan sebuah majlis akad nikah sedang dijalankan di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti di Indonesia.

Tanpa menghiraukan pasangan pengantin dan tetamu yang hadir, Tok Kadi yang sedang membacakan akad tiba-tiba menyebut, ‘lato-lato diam’ berulang kali kerana terlalu geram dengan bunyi berkenaan.

Perkara itu susulan kedengaran bunyi budak bermain lato-lato dengan kuat hingga mengganggu konsentrasinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa geram dengan bunyi lato-lato itu.

“Berisik (bising) woy haha” – _nofit

“Saya ke mall ja ada ja anak kecil yang bawa lato-lato, ya ampun..” – Fiera Sya

Aku juga paling benci dengar (bunyi) lato-lato, bising” – Henny_2204

*klik untuk menonton video Tok Kadi ‘sound’ budak suruh diam main lato-lato

Author

Pilihan Editor