KUALA LUMPUR: Jika disoroti sejarah Tanah Melayu, pahlawan seperti Tun Fatimah, Cik Siti Wan Kembang, Tun Teja, Hang Tuah dan lain-lain tidak dimasukkan bersama nama bapa.
Salasilah mereka tetap diketahui umum walaupun tidak meletakkan keutamaan nama bapa di belakang nama mereka.
Apabila zaman berubah, dokumentasi menjadi semakin penting untuk semua urusan kehidupan.
Namun di Indonesia, hanya satu nama sahaja digunakan di atas dokumen pengenalan diri.
Aktivis Hak Asasi Manusia dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Maria Chin Abdullah berkata, tiada stigma atau diskriminasi status di negara jiran itu.
Katanya, tiada isu stigma untuk anak sah taraf atau tidak sah taraf, anak halal atau anak haram menerusi dokumen diri mereka.
“Dokumen dahulu lebih teruk, ada rekod anak haram, dokumen sekarang sudah dikosongkan ruangan itu.
“Isu hari ini ibu bapa warganegara nikah secara sah, cuma apabila faktor lambat daftar dan sebagainya menyebabkan anak dikategorikan sebagai bukan warganegara.
“Kerana status bukan warganegara anak itu menerima stigma masyarakat, diejek dihina sebagai tak sah taraf.
“Ini adalah isu masa depan kanak-kanak, kita tidak boleh diskriminasi kepada mereka kita nak cari solusi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis forum Anak Tidak Sah Taraf dan Pembuangan Bayi di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam.
Majlis dirasmikan oleh isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad yang mengesyorkan ibu bapa agar merujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu.
Masdiana yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).
Forum ini dianjurkan oleh pelajar kumpulan 6 – Diamonds Are Forever dari Kohort 3 Akademi Kepimpinan Wanita di bawah WBS (Wanita Berdaya Selangor) anak syarikat MBI.
Dalam pada itu, Maria memberitahu, pihaknya sudah menghantar satu usul mengenai pindaan Perlembagaan, artikel 14 berkaitan kewarganegaraan.
“Ia adalah untuk ibu atau bapa warganegara yang memiliki anak boleh didaftarkan terus sebagai warganegara,” katanya.