HomeBeritaPolitikJangan samakan saya dengan ‘kluster mahkamah’ – Wan Saiful nekad lepas jawatan

Jangan samakan saya dengan ‘kluster mahkamah’ – Wan Saiful nekad lepas jawatan

CYBERJAYA: Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu berikutan pendakwaan dikenakan terhadapnya berhubung projek Jana Wibawa.

Justeru, beliau memohon supaya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh majlis pimpinan parti membuat keputusan mengenai kedudukannya dalam jawatan berkenaan.

“Keputusan saya ini sesuai dengan prinsip, integriti dan semangat saya junjung selama ini dan saya menegaskan untuk membezakan antara saya dengan kluster mahkamah yang sedang bermaharajalela dengan PH dan BN hari ini.

“Jawatan Ketua Penerangan adalah jawatan eksekutif dari parti, maka saya lepaskan jawatan ini kerana ini jugalah pegangan yang saya yakini selama ini,
sehinggalah saya dapat membersihkan nama saya melalui melalui proses perundangan.

“Jadi, jangan sesekali ada mana-mana pihak cuba menyamakan saya dengan individu-individu lain dalam kluster mahkamah. Saya dengan suka hati, rela tanpa berbelah bahagi melepaskan jawatan saya yang berbentuk eksekutif ini sedangkan mereka, mencari dan menggunakan jawatan eksekutif untuk kepentingan diri sendiri,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dihadapkan ke Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Author

Pilihan Editor