HomePendidikanKOPERAT rancang pembangunan makmal robotik di setiap sekolah

KOPERAT rancang pembangunan makmal robotik di setiap sekolah

KUALA LUMPUR: Koperasi Rakan Teknologi Malaysia Berhad (KOPERAT) merancang pembangunan makmal robotik di setiap sekolah menengah di Malaysia sebagai inisiatif mengembangkan teknologi di semua sektor.

Presidennya, Mohamad Rizwan Ramalan berkata, potensi dan kebolehpasaran bidang teknologi amat luas dan diperlukan di semua sektor.

“Teknologi diperlukan untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan dan produktiviti dalam membangun ekonomi negara.”

“Kita boleh lihat transformasi ekonomi tradisional kepada lebih ‘advance’, sebagai contoh jika dahulu banyak tenaga buruh diperlukan dalam pertanian tetapi kini kita guna mesin robot automasi sahaja.”

“Sektor peruncitan juga menyaksikan penggunaan duit kertas berubah kepada telefon pintar dalam urusan jual beli.

“Misi KOPERAT adalah menyediakan khidmat teknologi dalam pelbagai sektor.” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat penajaan KOPERAT yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Dr  Rahman Shaik.

Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Dr. Rahman Shaik (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, Datuk Lokman Hakim Pfordten

Turut hadir, penasihat Akademi BigBoys Academy, Datuk Dr Ramalan Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, Datuk Lokman Hakim Pfordten; wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi serrta dua pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Tambah Mohamad Rizwan lagi, KOPERAT menyasarkan sumbangan teknologi dalam tiga sektor penting iaitu, pemasaran (MarTech), kewangan (FinTech) dan pendidikan (EduTech).

“Kami sedang merangka strategi untuk menjadi rakan peneraju ekonomi digital nombor satu di Malaysia menjelang tahun 2050,” katanya.

Author

Pilihan Editor