HomeBeritaViralPuteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak dihalau dari rumah sewa selepas...

Puteri Sarah mahu bantu ibu tujuh anak dihalau dari rumah sewa selepas suami berpoligami

KUALA LUMPUR: Nasib ibu kepada tujuh anak yang diusir dari rumah sewa kerana tidak membayar sewa sejak Oktober tahun lalu, mendapat perhatian pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Biarpun tuan badan sendiri masih berdepan krisis rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Puteri Sarah bangkit memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak dengan membantu lapan beranak berkenaan.

Bukan sahaja simpati, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menyelar tindakan suami kepada ibu tujuh anak itu kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berpoligami.

Ibu tujuh anak yang dihalau dari rumah sewa setelah ditinggal suami selepas berpoligami

Wanita tidak wajar diperlakukan sedemikian setelah tujuh kali hamil, tujuh kali bertarung nyawa demi kebahagiaan suami akhirnya dibuang seperti sampah tanpa ada harganya.

Jika sampah pun ada harganya tetapi jika dibuang sebegitu ia lebih teruk seolah tiada satu kebaikan pun atau susah senang bersama yang diingati.

Puteri Sarah, 38, meluahkan hasrat untuk membantu nasib wanita yang juga pesakit mental itu kerana diabaikan suaminya yang telah berkahwin lain.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab. Siapa kakak ni? Jika ada maklumat, tolong mesej Sarah. Sarah nak tolong,” tulisnya menerusi InstaStory.

Puteri Sarah turut memuat naik keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda’ dalam hantaran InstaStory sama.

Terdahulu, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil menghulurkan sumbangan kepada wanita yang mempunyai anak berusia antara empat hingga 14 tahun.

Lebih malang apabila situasi itu menyebabkan anak sulungnya turut mendapat rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk sehingga sukar dikawal sekali gus perlu mengambil ubat penenang.

Puteri Sarah yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu dilaporkan menfailkan penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

Wanita besi itu bergelut memperjuangkan haknya selepas suami berkahwin lain di Thailand.

Author

Pilihan Editor