HomeBeritaBanyak NGO India sokong Menu Rahmah

Banyak NGO India sokong Menu Rahmah

KUALA LUMPUR: Program Menu Rahmah hasil inisiatif gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah agenda Kementerian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah tentunya menguntungkan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Majoriti adalah NGO India yang terlibat dalam penyediaan makanan minuman ini, iaitu Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) selain Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia dan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA).

Peruncit juga terlibat dalam program sama iaitu Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA).

Menu Rahmah adalah hidangan tengah hari dan malam pada harga RM5 dijual di 15,000 premis makanan seluruh negara, mulai 31 Januari 2023.

Hidangan Menu Rahmah adalah seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut memuji peniaga yang prihatin mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma dalam Menu Rahmah.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) juga tidak terlepas merebut peluang memperluaskan Program Menu Rahmah ke semua cawangannya di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menerusi insiatif Rahmah, KPDN turut menyasarkan semua pelaksanaan Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah diselesaikan selewat-lewatnya pada akhir Mac ini.

Program Bakul Rahmah disasarkan kepada golongan keluarga miskin tegar setiap bulan manakala Pakej Harga Barang Rahmah meliputi 12 barang keperluan asas pada harga ditetapkan.

Inisiatif Kafe Rahmah pula dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur, merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma sementara makanan malam akan ditawarkan dengan diskaun hingga 50 peratus.

Author

Pilihan Editor