REAL Madrid berada di kelas tersendiri dalam kemenangan mudah 5-2 ke atas Liverpool dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Anfield, awal pagi tadi.
Ibarat ulangan perlawanan akhir musim lalu, juara 14 kali itu ketinggalan 2-0 dalam 30 minit pertama perlawanan sebelum Vinicius Junior menjaringkan dua gol untuk Madrid sebelum tamat babak pertama.
“Ia adalah perlawanan yang hebat. Kami tidak bermula dengan baik. Selepas 15 minit, kami melihat Real Madrid. Bola sepak sentiasa sukar. Mereka memulakan permainan dengan lebih baik daripada kami, disokong oleh sokongan penyokong mereka. Kami tahu kami perlu melakukannya lebih, dan kami melakukannya sehingga akhir,” kata Benzema selepas perlawanan.
Babak pertama yang memukau buat Liverpool berjaya mendahului dua gol dengan penyudah hebat daripada Darwin Nunez pada minit keempat dan gol Mohamed Salah pada minit ke-14 dari jarak dekat selepas kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois.
Pelawat mendekatkan defisit gol dengan jaringan cantik dari Vinicius Junior pada minit ke-21 permainan, sebelum Alisson memberikan gol percuma kepada Vinicius untuk menjadikan kedudukan 2-2 sebelum tamat separuh masa pertama.
Walaupun permulaan yang agak perlahan, Real Madrid berjaya menjaringkan gol awal separuh masa kedua hasil daripada Eder Militao dan Benzema untuk mendahului 4-2.
Benzema menjaringkan gol keduanya untuk menamatkan serangan balas yang pantas dari Madrid, penyerang Perancis itu menyudahkan hantaran dari Vinicius untuk menjadikan kedudukan 5-2.
Peluang Liverpool untuk layak ke peringkat suku akhir agak samar akibat kekalahan besar ke atas Real Madrid in laman sendiri ini. Perlawanan kedua yang akan diadakan di Santiago Bernabeu pada 15 Mac ini.
“Banyak perkara boleh berlaku dalam bola sepak,” kata Benzema. “Kami berada di jalan yang betul, tetapi kami memerlukan satu lagi perlawanan hebat di Madrid.”