HomeBeritaUstaz Azhar Idrus tiada tauliah ajar agama di Selangor – JAIS

Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah ajar agama di Selangor – JAIS

 

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengesahkan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar ilmu agama Islam di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan perkara itu bagi mengulas isu pembatalan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, pada Ahad ini.

Tambah beliau, kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

“Semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu tidak memiliki tauliah mengajar diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung pembatalan kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan, Ahad ini.

Author

Pilihan Editor