BANGSAR: 10 kanak-kanak Sindrom Down bakal menjadi model pada program amal World Saree Day Malaysia yang akan diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat pada 19 Mac nanti.
Program bagi mendapatkan sumbangan itu dianjurkan bersama syarikat penyediaan latihan dan acara, Bkay Nair Resources (BNR) dan Persatuan Sindrom Down (PSDM) dengan sokongan kerajaan India.
Pengarah, Bkay Nair berkata, 10 kanak-kanak berkenaan memang sudah terlatih dan cukup bersedia, lebih unik pada majlis sama 50 model profesional akan bersama mereka pada majlis sama.
“Model-model ini akan mengenakan sari daripada tiga jenama yang sudi membekalkan persalinan-persalinan berkenaan.
“Selain perarakan sari, terdapat juga persembahan tarian yang akan memeriahkan majlis.
“Golongan Sindrom Down telah lama dilupakan, ramai lebih fokus kepada membantu Autisme, Disleksia jadi saya harapan saya program seperti ini akan beri kesedaran kepada masyarakat tentang Sindrom Down.
“Sumbangan diperlukan untuk peralatan tambahan dan perbelanjaani latihan kerjaya vokasional agar mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya,” katanya kepada media.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Amal PSDM Bersama World Saree Day Malaysia (WSDM).
Turut hadir, Presiden PSDM, Norhana A. Bakar dan para penyumbang.
Mengulas mengenai WSDM, Bkay Nair berkata, budaya pemakaian sari dalam kalangan rakyat Malaysia dan semakin dimodenkan.
“Kita mahu generasi muda kembali mencintai menghargai warisan seni dan budaya pelbagai kaum di negara.
“Acara ini gabungan amal, pendidikan, budaya dan fesyen,” katanya.