SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan terus kukuh dan kekal bertahan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Kongres Nasional Khas PKRĀ 2023 di sini, Anwar, yang juga Presiden parti berkata keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan kukuh parti-parti yang bersamaĀ membentuk kerajaan sejak empat bulan lepas.
āUntuk kita mantap sebagai satu kerajaanĀ lima tahun ini, kita perlu kerjasama padu supaya kita tumpu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara dan rakyat. Usaha untuk menggugat sedikit sebanyak itu ada, tapi saya yakin Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan kekal untuk lima tahun.
āTanggungjawab kita bersama ialah menempatkan semangat perjuangan, menggilap obor reformasi dan jentera parti harus bergerak supaya agenda MADANI ini dapat diterjemahkan secara lebih serius dan bermakna,ā katanya.
Kongres yang berlangsung di Stadium Malawati dekat sini dan bertemakan Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme,Ā turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan 41 wakil pejabat kedutaan asing.
āSaudara mahu ugut kita dengan perhimpunan, saudara mahu ugut kita takut kepada perasuah,Ā saudara salah pilih seorang perdana menteri. Saya tamatkan ugutan itu… Kamu cuba nak rampas, silakan tetapi tidak mudah,ā katanya.
Katanya, beliau sedar ada pihak yang mengkritik pentadbirannya, namun menurutnya sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara November tahun lepas, belum pernah wujud campur tangan dalam kalangan pemimpin kerajaan berhubung isu seperti kebebasan badan kehakiman dan pemberian tender.
Sementara itu, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, PKR harus mula menyantuni anak muda bagi menarik minat golongan itu untuk menyertai dasar dan perjuangan parti yang ditubuhkan pada 1999 itu.
āSyaratnya kita mantapkan parti dan tunjukkan rekod yang baik, sama ada di (peringkat) Persekutuan atau negeri-negeri di bawah jagaan kita, dan keperluan kita memantapkan kerjasama bukan saja dalam Pakatan Harapan sebagai kekuatan induk, tapi UMNO dan Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah,ā katanya.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Sementara itu Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan komponen PH iaituĀ DAP yang kekal sebagai sahabat setia bersama PKR sehingga sekarang serta parti Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang konsisten meneruskan semangat perjuangan bersama.
Anwar juga mengingatkan semua ahli PKR untuk bersama-sama memantapkan perjuangan parti kerana rakyat kini menilai amalan sertaĀ pelaksanaan Kerajaan Perpaduan, dan bukan lagi melalui ungkapan atau lakaran semata-mata.
āSekarang kita di tampuk pemerintahan. Kita bukan dinilai dari ungkapan dan lakaran, kita akan dinilai dari amalan dan pelaksanaan. Bukan seorang dan menteri semata-mata, tapi seluruh jentera, parti dan gagasan,ā katanya.
Sejurus selepas menyampaikan ucapannya, Anwar dengan diiringi Rafizi dan Saifuddin Nasution melancarkan Koperasi Keadilan Bhd (KIRA) yang ditubuhkan bagiĀ membantu meningkatkan taraf dan kualiti hidup ahli parti serta masyarakat umum.
Kongres sehari berkenaan yang menumpukan kepada persiapan parti bagi menghadapi PRN di enam negeri dan pengukuhan kerjasama PH dan Kerajaan Perpaduan dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk pemerhati. – BERNAMA