TEKA-TEKI ketiadaan pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi dalam sesi latihan skuad Harimau Malaya malam tadi terjawab apabila pemain itu disahkan mengalami kecederaan.
Selain Arif Aiman, pemain naturalisasi yang membuat penampilan pertama menentang Turkmenistan, Endrick Dos Santos turut mengalami nasib yang sama.
Kecederaan yang dialami kedua-dua pemain itu menyebabkan, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon melepaskan mereka dari kem latihan sekaligus terlepas Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023.
Pelepasan kedua-dua pemain ini menjadikan baki 25 orang pemain yang tinggal dalam kem latihan dan tiada penambahan pemain yang baharu.