HomeGaya HidupDemi anak-anak, perokok tegar kongsi tips berhenti merokok

Demi anak-anak, perokok tegar kongsi tips berhenti merokok

CYBERJAYA: Bukanlah suatu hal yang mudah untuk seseorang itu membuang tabiat lamanya.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang dikategorikan perokok tegar.

Namun, semua itu pasti boleh dilakukan jika seseorang itu mempunyai motivasi tersendiri untuk berubah.

Seperti yang dijalani seorang bapa tunggal kepada tiga cahaya mata ini, dirinya tekad untuk berhenti merokok 8 tahun yang lalu apabila dia menimang cahaya mata sulung dan rasa bersalah terhadap zuriatnya itu.

“Jadi aku celebrate dan mengenang achievement aku dengan breakfast nasi minyak, ayam masak merah dan secawan teh o kosong.

“Aku merokok sejak tingkatan 1, social smoker gitu. Masuk tingkatan 3 dah jadi smoker, masuk tingkatan 5 memang serius merokok dan jadi penjual rokok.

“Masuk universiti terus merokok dengan jayanya dan mula bekerja lagilah berjaya sebagai perokok tegar.

“Total, 27 tahun aku merokok. Lama wehhh, asap tu dah sebati dalam paru-paru aku.Bila anak sulung lahir, aku rasa bersalah pulak pada anak. Setahun aku tak merokok dalam rumah, tak merokok dalam kereta atau mana sahaja tempat yang dekat dengan anak.

“Pagi 1 Mac, bangun tidur aku terus nekad berhenti rokok. So aku ambil kotak rokok, keluarkan dan ramas hancurkan dan flush dalam toilet. Thats it. The rest is history kata orang Muo (Muar),” kongsinya dipetik dari portal Pa Ma.

Tambah lelaki berkenaan, dirinya perlu bekerja keras demi memastikan segala yang dilaksanakan menjadi realiti.

Dalam pada itu, lelaki terbabit turut berkongsi tips bagi membuang tabiat suka merokok.

1. Tak keluar ngopi atau ngeteh, tak jumpa orang socially. Aku takkan jumpa perokok lain. Duduk jer rumah layan anak bini.

2. Aku elakkan kerja lewat malam. Ini waktu yang aku kuat sangat merokok. So cuba siapkan kerja sebelah siang dan malam tidur awal.

3. Pendekkan masa dalam toilet. Tak bawa masuk phone, sebab ini akan prolong time dan aku back to habit merokok waktu membuang.

4. Sediakan gula-gula, chewing gum atau apa sahaja yang boleh dikunyah selepas makan. Ini waktu kritikal, lepas makan nafsu nak merokok tu membuak-buak.

5. Aku pesan kawan-kawan yang aku dalam proses berhenti rokok, kalau jumpa aku jangan sesekali offer. Kalau offer jugak, putus kawan.

Tambah lelaki berkenaan, perasaan ingin merokok mula hilang apabila setahun meninggalkan bahan tembakau itu.

“Lepas setahun aku dah tak heran dah pasal rokok. Kawan offer pun aku tak teringin lagi dah. Now baru aku realize yang rokok tu sangat busuk bagi aku. Haishh, waktu sedap dulu, itulah bau yang paling stim.

Anyway, yang ada niat nak berhenti, nanti start puasa boleh cuba stop terus dan cuba ikut cara aku tu. Mana tahu ngam dan berkesan untuk kau juga.

“Niatlah berhenti tu untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan juga agama.Insya-Allah nanti Allah permudahkan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor