CYBERJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berharap masyarakat di Malaysia lebih cakna akan modus operandi berhubung isu scam dalam talian yang kini semakin berleluasa.
Katanya, pembikinan Dokudrama Cyber 999 yang memaparkan kisah benar mangsa ‘online scam’ adalah sebahagian inisiatif dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada umum berhubung isu berkenaan.
“Saya percaya rakyat perlu didedahkan dengan modus operandi “online scammer” supaya mereka faham kelicikan dan taktik “scammer”.
“InshaAllah, pihak Kementerian Komunikasi Digital akan sentiasa berusaha untuk perkukuh keselamatan siber ke arah mencapai Dekad Keemasan Digital,” katanya ketika melancarkan Dokudrama Cyber 999 tersebut.
Untuk rekod, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes jenayah penipuan dalam talian pada tahun lalu mencatat sebanyak 20,041 kes dengan jumlah kerugian RM684.5 juta.