PUTRAJAYA: Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Idrus selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan
Idrus, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac 2020.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan. – BERNAMA