SEMENTARA menunggu rundingan terakhir dalam menamatkan kontraknya dengan pasukan Vallecas, penyerang dari Colombia, Ramadel Falcao, 37, dia kini sudah pun bersedia untuk menghadapi kerjaya profesional baharu ini di Johor Darul Ta’zim.
Falcao kini sedang menilai tawaran yang diberikan kepadanya untuk menandatangani kontrak dengan juara sepuluh musim terakhir Liga Super Malaysia dan Juara bertahan Piala Malaysia 2022, Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT, di bawah pengurusan Esteban Solari.
Menurut laporan Marca, pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkata, JDT ingin menandatangani pemain di posisi sayap dari Colombia pada dua musim yang akan datang.Â
Sementara menunggu rundingan terakhir dengan pasukan Vallecas, penyerang itu sudah bersedia untuk mengharungi cabaran baru dalam kerjayanya.
Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, ini akan menjadikan pasukan yang ke-10 yang diwakili Falcoa. Sebelum ini, Falcoa juga terpilih dalam senarai Peter Lim untuk memperkukuhkan pasukan Valencia.
Walaupun sebelum ini, TMJ yang turut merupakan sahabat rapat Peter Lim juga telah bercadang untuk memberi kelab Mestalla beberapa tahun yang lalu tapi tidak direalisasikan.
Kini TMJ dalam perancangan untuk meningkatkan bola sepak dan kelabnya dengan menandatangani pemain bintang antarabangsa dan telah menetapkan perjanjian kerjasama dengan syarikat Genova International dan Racing City Group yang diketuai oleh Morris Pagniello untuk terus berkembang.Â