HomeBeritaJom ‘shopping’ raya di festival Trend Raya 2023!

Jom ‘shopping’ raya di festival Trend Raya 2023!

 

KUALA LUMPUR: Bagi menjadikan raya anda lebih ‘trendy’ dan terkini, sebuah festival dikenali ‘Trend Raya 2023’ akan diadakan pada 7 hingga 9 April ini.

Festival yang dianjurkan Todak Fusion Sdn Bhd itu akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur, dengan kemasukan secara percuma.

Festival Trend Raya 2023 turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP),AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production.

Menerusi festival ini, banyak jenama terkemuka yang akan ditemui seperti Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi!

Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd, Mohd Ikmal Fareeq berkata, festival Trend Raya 2023 merupakan sebuah hub membeli belah secara ‘indoor bazar’ yang bertujuan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk berkonsepkan trendy.

Katanya, selain jualan raya, terdapat aktiviti menarik yang lain seperti pertandingan e-sukan cabutan bertuah dan anda turut berpeluang menyaksikan persembahan artis serta selebriti tempatan.

“Trend Raya 2023 ini juga, sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan.

“Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sosial Instagram, Facebook @mytrendfest atau untuk pertanyaan lanjut boleh emel kepada mytrendfest@gmail.com

Oleh: Ain Japri (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor