HomeSukanKelab dari Jepun tagih khidmat Arif Aiman?

Kelab dari Jepun tagih khidmat Arif Aiman?

BINTANG muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dikatakan berjaya menarik perhatian kelab dari JLeague, Kashiwa Reysol.

Prestasi cemerlang nyata dipamerkan pemain berusia 20 tahun itu pada musim lepas semasa kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) bersama JDT hingga mampu membantu pasukan tersebut ke pusingan kalah mati.

Lapor media tempatan di Jepun, pasukan yang berada di tangga ke-17 liga itu menunjukkan minat dan ingin membawa pemain muda JDT itu beraksi di sana.

Pemain yang memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dua tahun berturut-turut itu kini hanya memberikan fokus kepada Harimau Selatan terlebih dahulu walaupun musim lepas dia berjaya mencatat 13 bantuan gol dalam kesemua kejohanan termasuk ACL.

Jika perpindahan tersebut berlaku, anak jati Pahang itu menjadi pemain pertama dari Malaysia yang beraksi di JLeague 1 selepas Hadi Fayyadh Abdul Razak yang beraksi di saingan divisyen 2 liga Jepun bersama pasukan Fagiano Okayama.

Author

Pilihan Editor