HomeNiagaKoleksi Soultan oleh Hijabistahub lambang kemegahan Melayu

Koleksi Soultan oleh Hijabistahub lambang kemegahan Melayu

KUALA LUMPUR: Aeril Zafrel kelihatan segak berbaju Melayu biru koleksi Soultan oleh HijabistaHub menghampiri Wawa Zainal yang disumpah tidur dan tidak boleh bangkit sehinggalah menemui cinta sejati.

Wawa diusung dengan pedati oleh beberapa orang kerdil di tengah-tengah laluan pentas.

Aeril mencium dahi Wawa yang jelita dengan persalinan warna biru HijabistaHub sedondon dengan Soultan yang dipakainya, sumpahan terlerai, Wawa gelak ketawa dan mereka berdua kembali bersama menuju bahagia.

Wawa Zainal diusung menggunakan pedati oleh tujuh orang kerdil

Demikian gimik pembukaan tirai pertunjukan fesyen koleksi baju Melayu Soultan, kolaborasi pertama Aeril dengan jenama fesyen wanita terkenal, HijabistaHub sempena lebaran tahun ini.

Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah lapan tahun berada di dalam industri fesyen tanah air.

Aeril berkata, terdapat 34 rekaan Soultan sedondon bersama pasangan atau isteri dengan rekaan wanita HijabistaHub.

“Sebenarnya agak pelik jika HijabistaHub yang namanya sudah sinonim dengan fesyen wanita untuk keluarkan fesyen lelaki, jadi di situlah wujud nama Soultan.

“Saya pilih nama Soultan kerana ia lambang kemegahan, kebanggaan warisan Melayu dan ada elemen kepimpinan seperti Raja, saya mahu si pemakai berasa demikian ketika menyarungnya.

“Saya amat cerewet dengan baju Melayu, tetapi apa yang boleh saya katakan Soultan adalah sempurna dari segi material dan jahitannya.

“Ada 34 rekaan yang boleh menjadi pilihan untuk Hari Raya nanti,” katanya kepada media di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa bertemakan Royale Night.

Majlis dihadiri lebih 300 jemputan yang kebanyakkannya merupakan selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial.

Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan.

Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada Wawa Zainal yang mempunyai keunikan tersendiri.

Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub kali ini membuktikan bahawa kualiti dan karya jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana.

Dalam pada itu, Aeril membuka rahsia dilamar HijabistaHub sejak dua tahun lalu sebelum bersetuju untuk memberi komitmen penuh bagi penghasilan Soultan khusus untuk lelaki.

“Saya mengambil masa lama kerana sibuk dengan komitmen lain tetapi setelah lihat prestasi Wawa bersama HijabistaHub, saya rasa masanya sudah sampai.

“Saya berharap kolaborasi dengan pengasas HijabistaHub, Ahmad Syafiq Hilmi dan isterinya, Nur Alwani @ Wanie Elena dalam projek ini akan memberikan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan HijabistaHub,” katanya.

Turut ditampilkan pertunjukkan fesyen antaranya pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal; Alif Aziz dan Bella Astillah; Mawar Rashid dan Raf Yaakob, Amyra Rosli dan Amar Baharin, Nisdawati dan Fauzi Nawawi, selain Iman Troye, Ryan Bakery dan Boss James.

Hadir memberikan persembahan, penyanyi Anuar Zain dan Ernie Zakri bersama pasangannya, Syamel.

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery dan Boss James juga diberi peluang untuk menjadi model pertunjukan malam itu.

Sementara itu, HijabistaHub turut mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi www.hijabistahub.com dan butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Author

Pilihan Editor