HomeBeritaViralNetizen tak puas hati harga roti john naik melambung

Netizen tak puas hati harga roti john naik melambung

 

CYBERJAYA: Menjelang Ramadan, pasti ramai yang tidak sabar berkunjung ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka puasa seperti tepung pelita, martabak dan roti john.

Bagaimanapun, dengan kenaikan kos sara hidup masa kini membuatkan sebilangan peniaga turut menaikkan harga makanan yang dijual mereka sekali gus menjadi topik perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Menjengah di laman Twitter, rata-rata warga net menzahirkan rasa terkejut dengan harga roti john kini yang melambung tinggi sehingga mencecah RM10.

Roti john merupakan roti bersalut telur bersama daging cincang serta beberapa bahan lain mengikut kreativiti penjual.

Perdebatan tercetus apabila pengguna Twitter @AkeemSharyzal membuat hantaran tweet bertanyakan berapa harga roti john di tempat tinggal rakan-rakan yang lain.

Tweet tersebut mendapat perhatian warga maya yang lain dan kebanyakan berkongsi rasa tidak puas hati dengan harga yang ditawarkan oleh penjual roti john.

 

“Beli semalam RM5 yang dah siap bungkus time nak makan perasan dia guna roti petak gardenia je,” kata @solehazaher.

“Puncak Alam, roti john ayam crispy RM18!! Takpe laa bang.. Harga macam nasi arab dah” tegur @bee_wani.

Lebih menyakitkan hati lagi apabila terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan menipu pembeli dengan menyatakan roti john daging tetapi apabila makan semata-mata telur dan sos sahaja.

“Roti john tempat aku RM8. Katanya roti john daging. Bila makan, bukan kata daging tapi DNA daging pon belum tentu ada,” kata @ADAMhfzn.

“Paling serabai sekali yang jual roti john 8 ringgit pastu daging letak dalam telur. Dagingnya sikit nak mampus peh stress gila macam makan roti telur je takda daging,” tambah @nnnurulaqilah.

Oleh: Ain Japri (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor