HomeBeritaMahkamah & JenayahPachara Apin fail tuntutan fasakh terhadap Afiq Muiz

Pachara Apin fail tuntutan fasakh terhadap Afiq Muiz

PETALING JAYA: Episod isu rumah tangga membabitkan beberapa pasangan selebriti dan artis tanah air sejak awal tahun terus berpanjangan.

Terbaharu, isteri kepada pelakon Afiq Muiz, iaitu Pachara Apin hari ini membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, hadir berseorangan dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka.

Dia sempat menyambut sapaan media sebelum bergegas memasuki dewan.

Pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.

Pachara mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022.

Wanita itu turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami, selain beberapa bukti perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Pada Disember 2022, Afiq membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah dilaporkan berkata, dia akan membawa kes ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Author

Pilihan Editor