HomeGaya HidupPekebun Kiriman Tuhan hampir ‘give up’ tanam golden melon, percaya raih hasil...

Pekebun Kiriman Tuhan hampir ‘give up’ tanam golden melon, percaya raih hasil premium sebab selalu..

CYBERJAYA: Memberi tidak akan menjadikan kita miskin, malah boleh membuatkan kita lebih kaya.

Berita berkaitan: Menarik! ‘Pekebun Kiriman Tuhan’ jadikan laman rumah kebun golden melon

Itulah kata-kata yang sesuai diungkapkan dengan kisah seorang pekebun moden yang mengamalkan amalan bersedekah menerusi pemberian hasil tanamannya kepada golongan tertentu.

Pekebun tanaman golden melon, Mohamad Yazid Mohamad Nazri, 34, baru-baru ini berkongsi kisah menakjubkan yang terjadi kepadanya sekeluarga hasil daripada amalannya yang gemar bersedekah.

Yazid akui amat sukar menanam golden melon kerana tanaman itu memerlukan penjagaan yang rapi sepanjang waktu.

Berita berkaitan: Menarik! ‘Pekebun Kiriman Tuhan’ jadikan laman rumah kebun golden melon

Malah, untuk mendapatkan hasil yang premium, tanamannya itu perlu menerima pencahayaan yang cukup.

Bagaimanapun, Yazid yang dikenali sebagai ‘Pekebun Kiriman Tuhan’ percaya bahawa amalan sedekah yang dipraktikkan dalam kehidupan membuatkan urusannya menanam golden melon seringkali dipermudahkan.

“Kalau ikutkan keadaan cuaca, awal-awal dulu memang nak stop dah sebab tanam open ni susah nak jadi.

“Tapi atas ihsan Allah saya dapat teruskan hingga tuai,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Menarik! ‘Pekebun Kiriman Tuhan’ jadikan laman rumah kebun golden melon

Lebih mengejutkan Yazid apabila tanaman golden melon yang diusahakannya sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tiga tahun lalu, kini menjadi perhatian orang ramai sehingga ada yang memintanya menganjurkan ‘Open Day’.

Perkara itu turut dilakukan Yazid tahun lalu kerana mahu memberi peluang kepada orang luar mendekati tanamannya serta merasai sendiri hasil titik peluhnya itu.

“Saya buat Open Day (tahun lalu), untuk ibu mengandung percuma saya bagi.

“Bila ibu mengandung datang nak bayar saya kata, tak payah, ambil saja. Kalau bayar saya tak nak bagi.

“Alhamdulillah, rezeki tu Allah bagi. Saya dihadirkan orang sekeliling yang baik dan positive, rezeki kesihatan untuk keluarga.

“Betul orang kata, bila kita memberi takkan rugi,” katanya.

Berita berkaitan: Menarik! ‘Pekebun Kiriman Tuhan’ jadikan laman rumah kebun golden melon

Berkongsi lanjut mengenai jualan tanaman golden melon, anak jati Perak itu menyatakan kebiasaannya hasil tanamannya itu dijual kepada rakan-rakan yang terdekat.

Setakat ini, Yazid masih belum meletakkan hasil tanamannya di pasaran mahupun kedai runcit.

“Niat saya menanam ni pada awalnya, sebahagian saya nak jual sebahagian saya nak sedekahkan pada orang yang tertentu (seperti ibu hamil).

“Setakat ini, jualan saya jual secara direct dengan orang (1 to 1), kadang orang datang kebun saya sebab nak moments, nak petik buah, nak bergambar, that’s why saya plan, design betul-betul landskap kebun saya betul-betul (kasi cantik) jadi bagi orang tengok sesuai nak bergambar.

“Orang datang beli, dia puas hati boleh pilih buah sendiri, dapat apa yang dia nak,” ujarnya.

Berita berkaitan: Menarik! ‘Pekebun Kiriman Tuhan’ jadikan laman rumah kebun golden melon

Author

Pilihan Editor