HomeBeritaPemandu maut, nahas kereta terbabas rempuh treler di Teluk Intan

Pemandu maut, nahas kereta terbabas rempuh treler di Teluk Intan

TELUK INTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah treler dalam hujan lebat di Kilometer 7, Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 37 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jan 7 malam.

Sementara itu, pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP, Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati kereta terbabit tampil daripada arah Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang.

“Sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar treler.

“Dimaklumkan, semasa kejadian, cuaca hujan lebat dan permukaan jalan adalah licin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian, pihak polis meminta mana-mana saksi tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hanif Ghazali di talian 013-8211978 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Author

Pilihan Editor