HomeSukanPrestasi skuad muda Singapura buat Ikhsan Fandi kecewa

Prestasi skuad muda Singapura buat Ikhsan Fandi kecewa

ANAK kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi, 23, meluahkan rasa kecewa dengan prestasi skuad muda Singapura baru-baru ini.

https://twitter.com/Ikhsanfandi/status/1639940921868550145?s=20

Ikhsan menerusi ciapan di lawan twitter berkata, “Jika saya bercakap, saya dalam masalah”. 

Penyerang BG Pathum itu berkesempatan menonton perlawanan skuad muda Singapura menentang Kemboja dalam penentuan pingat gangsa Piala Merlion 2023. 

Menurut laporan Makan Bola, Ikhsan turut menyatakan skuad muda Singapura itu mudah membiarkan pihak lawan mengawal bola dengan mudah dan memberi keyakinan kepada pemain Kemboja itu mengawal keseluruhan permainan. 

Persembahan yang kurang meyakinkan itu memaksa pasukan Singapura menamatkan kempen Piala Merlion 2023 di tempat keempat apabila tewas kepada Kemboja dengan jaringan 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Piala Merlion 2023 telah melabuhkan tirai apabila Malaysia telah ditabalkan sebagai juara setelah menewaskan Hong Kong, 2-1 hasil jaringan Muhammad Najumdin dan Safwan Mazlan. 

Ini juga merupakan medan persiapan untuk mereka menjelang kejohanan Sukan SEA di Kemboja, Mei ini.

Author

Pilihan Editor