HomeHiburanSerang Kamal Adli guna cota: Nabil direman dua minggu, perlu jalani ujian...

Serang Kamal Adli guna cota: Nabil direman dua minggu, perlu jalani ujian psikiatri

SINGAPURA: Mahkamah Singapura hari ini memutuskan seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon, Kamal Adli, direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

Keputusan itu ditetapkan Hakim Daerah Terence Tay, yang bersetuju dengan permohonan pendakwa raya menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan di Institut Kesihatan Mental.

Tertuduh, Muhammah Nabil Rashid, 33, dibicarakan secara dalam talian dari penjara tahanannya kerana terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Muhammad Nabil dituduh memukul Kamal menggunakan cota di Dewan Ekspo Singapura 5A kira-kira pukul 9.20 malam Ahad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tindakan Muhammad Nabil itu mengakibatkan Kamal mengalami luka 3cm di belakang kepalanya, lapor CNA pada Selasa.

Pihak polis telah merampas cota berkenaan untuk dijadikan bahan bukti dan siasatan sedang dijalankan manakala Kamal yang cedera parah terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.

Foto: CNA/SPF

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 28 Mac ini.

Untuk rekod, insiden Kamal diserang dengan cota itu berlaku ketika dia dan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose, menghadiri acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Author

Pilihan Editor