HomeBeritaSultan Johor percaya akidah kuat, tiada sebab larang lawat rumah ibadat

Sultan Johor percaya akidah kuat, tiada sebab larang lawat rumah ibadat

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, tiada sebab untuk melarang umat Islam melawat rumah ibadat agama lain selagi tidak terlibat dalam ritual atau upacara keagamaan mereka.

Baginda juga menolak isu polemik yang berpanjangan.

“Ini jelas dan saya percaya sepenuhnya pada umat Islam kerana akidah mereka kuat dan tidak goyah. Saya tidak mahu panjangkan perkara ini.

“Tidak perlu polemik sebegini,” titah baginda dipetik dalam wawancara The Star.

Titah baginda, garis panduan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berkaitan perkara itu adalah jelas.

Februari lalu, kerajaan Johor mengumumkan akan mewartakan fatwa yang melarang orang Islam hadir ke upacara penganut agama bukan Islam.

Bagaimanapun, di Selangor, peraturannya lebih ketat apabila program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain dilarang sama sekali.

Isu itu menjadi hangat selepas agensi kerajaan pusat menjalan program “Jom Ziarah” bagi mendedahkan anak mudah berkaitan nilai-nilai bersama pelbagai kepercayaan.

Program itu termasuk lawatan ke sebuah gereja di Klang, Selangor. Ia bagaimanapun telah dibatalkan.

Author

Pilihan Editor