HomeNiagaUsahawanWanita Malaysia jadi 'hakim' cef dunia di MCWC 2023

Wanita Malaysia jadi ‘hakim’ cef dunia di MCWC 2023

PETALING JAYA: Wanita Malaysia semakin ramai menempa nama di peringkat persada antarabangsa.

Terbaharu, Pengasas jenama Nisabakri Gourmet, Puan Sri Shariffa Nisa Syed Hamid Al Bukhari bakal memahat sejarah negara selepas menjadi satu-satunya wanita Melayu Malaysia sebagai antara juri Malaysia Culinary World Cup 2023 (MCWC2023).

Ini kerana, MCWC2023 yang menghimpunkan 500 cef membabitkan 20 negara itu bakal dicatat dalam Guinness World Records kerana penganjuran pertandingan terbesar dunia selama tiga hari bermula 21 Februari lalu, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), baru-baru ini.

MCWC2023 dianjurkan oleh Persatuan Kulinari Bersatu Malaysia (MBCA).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Puan Sri Nisa Bakri sememangnya banyak mencipta nama dan reputasi cemerlang sepanjang bergelar cef selebriti dalam dunia kulinari.

Nisa berkata, baginya apabila diundang sebagai tetamu khas dan hakim kepada cef seluruh dunia, ia satu pengiktirafan kepada dirinya dan wanita Malaysia.

“Saya sangat bersyukur kerana terpilih mewakili wanita Malaysia dalam acara ini yang diiktiraf dengan kehadiran cef teramai dari seluruh dunia.

“Saya juga tidak sangka dapat menjadi tetamu khas dan hakim kepada ratusan cef yang terkenal dari seluruh dunia. Ini satu penghormatan bagi saya dan khususnya wanita Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, MCWC2023 merangkumi sembilan kategori utama dipertandingkan dengan 62 sub kategori termasuk 40 masakan tempatan.

Kategori itu antaranya pastry Malaysian Gastronomy (21 masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam, Laksa, Burger Malaysia, Ulam, Ikan Sungai Malaysia), sajian India dan Cina.

Author

Pilihan Editor