HomeNiagaYakin Halal Mart tawar produk warisan selera Malaysia

Yakin Halal Mart tawar produk warisan selera Malaysia

BANGI: Saat kaki menjengah ke pasar mini Yakin Halal Mart Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, perasaan teruja menerpa diri ketika melihat suasana persis Jusco Aeon dengan susunan produk yang rapi, mudah dan bersih.

Yakin Halal Mart menjual pelbagai produk sejuk beku keluaran Bumiputera, usahawan kecil dari kampung dan pelbagai produk makanan lain yang ‘ready to eat‘.

Lebih menarik lagi, pilihan produk memenuhi selera Malaysia dengan aneka tawaran seperti sambal petai, tempoyak, pulut daun palas, daging kambing perap, daging, ayam, dim sum halal, karipap pusing, roti canai, laksa, nasi beriani gam dan banyak lagi.

Rohaini Syed Ibrahim

Pengarah Urusan Yakin Halal Mart, Rohaini Syed Ibrahim berkata, pihaknya mendekati usahawan-usahawan kampung bagi mengetengahkan produk mereka.

“Pilihan produk di sini seperti bahan kisar kunyit, halia, cili segar bagi memudahkan surirumah yang sibuk menyiapkan masakan masing-masing.

“Yakin Halal Mart juga ada pelbagai produk sejuk beku seperti ikan keli, ikan salmon, ikan dorry, isi kerang, daging dan ayam cincang.

“Kami juga ada pelbagai pilihan produk ‘ready to eat’ selain Brahim seperti Sharifah yang memudahkan mereka yang mahu menunaikan umrah, haji, bercuti di luar negara boleh bawa sahaja seleksi di sini.

“Pelbagai jenis sambal, daging hitam, daging harimau menangis yang terbaik dan viral ada di sini.

“Ramai pelanggan datang dari jauh seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur sanggup datang kerana kepuasan mereka membeli selain susunan yang memudahkan pelanggan, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambahnya, bagi mereka yang mahu selera luar, Yakin Halal Mart turut menawarkan makanan seperti dim sum halal, pasta, pizza, roti prata yang diyakini halal.

“Yakin Halal Mart juga menyediakan tempat letak kenderaan bagi memudahkan pelanggan.

“Ketika mula-mula kedai ini dibuka, ia terletak di sebuah kedai kecil namun ketika Covid-19, jualan melonjak yang menyebabkan kami berupaya membuka kedai lebih besar.

“Sebagai usaha berkongsi rezeki, Yakin Halal Mart menyumbangkan bekalan makanan untuk golongan memerlukan ke masjid-masjid berhampiran setiap bulan,” katanya.

Author

Pilihan Editor