HomeBerita76 mangsa selamat tanah runtuh di Akademi SPRM

76 mangsa selamat tanah runtuh di Akademi SPRM

CYBERJAYA: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di hadapan akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.54 petang. 

Menurutnya, seramai lapan pegawai bomba lain-lain pangkat digerakkan bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul.

Setibanya Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Yogeswaran Elangovan di lokasi kejadian, terdapat tanah runtuh di hadapan pintu masuk akademi SPRM.

“Kejadian itu meruntuhkan sebuah pondok kawalan. Keluasan tanah runtuh dianggarkan 12,000 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, seramai 76 mangsa terlibat terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita.

Maklumnya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serta dipindahkan ke kawasan selamat.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

Author

Pilihan Editor