HomeBeritaViralBaru lapan hari bernikah, ‘instafamous’ dicerai talak satu

Baru lapan hari bernikah, ‘instafamous’ dicerai talak satu

CYBERJAYA: Personaliti media sosial, Elcah, sekali lagi diuji dengan penceraian apabila perkahwinan kedua tidak berkekalan lama.

Elcah mendedahkan bahawa dia sudah bercerai dengan lelaki yang baru dikahwini 3 Mac lalu menerusi akaun TikTok miliknya.

“Memang betul, nikah 3/3/2023, kau cerai aku pada 19/4/2023 tetapi ‘hadiah’ yang aku terima selepas 8 hari berkahwin adalah berita yang kau berikan pada aku,” tulisnya.

Lebih menyedihkan, perkahwinan mereka yang masih berada dalam fasa bulan madu itu berakhir dengan lafaz talak satu selepas lapan hari bersama.

Menjawab pertanyaan peminatnya yang bertanyakan keberadaan suaminya, Elcah berkongsi voice note yang dihantar bekas suaminya ketika melafazkan cerai.

Katanya, antara punca Elcah tawar hati dalam perkahwinannya kerana dia dikejutkan dengan berita kehamilan seorang wanita (skandal) dipercayai hasil hubungan dengan suaminya sendiri.

Tambahnya, dia cuma tempat persinggahan selama lapan hari mereka bersama.

Difahamkan lelaki itu menyatakan hasrat untuk berpoligami dengan alasan mahu bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Elcah berkata, sebelum berkahwin lelaki itu banyak menunjukkan perbuatan red flag semasa mereka dalam fasa perkenalan seperti bersikap acuh tak acuh dalam proses mempersiapkan pernikahan mereka serta cuba menyembunyikan mesej setiap kali WhatsApp masuk.

Namun, Elcah mengabaikan semua tanda-tanda buruk itu dan tidak menyangka rasa tidak sedap hati untuk berkahwin akhirnya dibuktikan dengan berita sedemikian.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor