HomeBeritaMahkamah & JenayahDBKL serbu tujuh ‘sarang’ pelacuran beroperasi di bulan Ramadan

DBKL serbu tujuh ‘sarang’ pelacuran beroperasi di bulan Ramadan

CYBERJAYA: Tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan diserbu dalam Operasi Tindakan Khas Premis Berisiko di sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur, kelmarin.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, operasi dilaksanakan sekitar pukul 9 malam dengan kerjasam polis susulan risikan di beberapa lokasi titik panas sekitar ibu negara.

“Pihak DBKL mengenal pasti premis-premis perniagaan yang menawarkan aktiviti seks dan pelacuran membabitkan wanita warga asing.

“Tujuh premis diserbu penguat kuasa DBKL manakala polis menahan empat wanita Bangladesh selain India (satu) dan Indonesia (satu) disyaki bekerja sebagai pelayan seks,” kata dalam kenyataan itu.

Tambah DBKL, 16 lelaki termasuk dua warga tempatan disyaki penjaga premis ditahan bersama 14 warga asing dipercayai pelanggan di premis terbabit.

Tegas DBKL, semua premis berkenaan diarah tutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan turut dikenakan notis kompaun.

“DBKL mengambil tindakan memecahkan 85 bilik yang dibina tanpa kelulusan serta menyita 212 pelbagai barangan dan peralatan dipercayai bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Antaranya, kondom, minyak pelincir, tisu basah, kipas dinding, kamera litar tertutup (CCTV) yang dibawa ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor