Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, Fahmi mengatakan bahawa kenyataan palsu itu disebarkan oleh pemilik akaun Telegram ‘Edisi Siasat’.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perkara terbabit.
“Sekali baca pun boleh nampak kenyataan media ini salah format, dan direka-reka pihak yang benci Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Sementara itu, AMK menerusi hantaran di Facebook turut memuatnaik poster penafian kenyataan media berkenaan.
Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia untuk sebarang maklumat terkini dan sahih”.
Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Himpunan MADANI Kedah 2023 yang turut disertai Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Jumaat lepas.