HomeBeritaKonflik Sudan: Walau getir, rakyat Malaysia berjaya pulang ke tanah air

Konflik Sudan: Walau getir, rakyat Malaysia berjaya pulang ke tanah air

CYBERJAYA: Risiko sentiasa ada di mana-mana, yang penting kita harus sentiasa berfikiran positif dan cuba untuk tidak berfikir negatif.

Begitulah gambaran yang dilalui oleh rakyat Malaysia yang berada di Sudan sewaktu proses pemindahan untuk pulang ke tanah air.

Pegawai Kanan United Nations Children’s Fund Malaysia, Jasson Lim Jan Yoong berkata, beliau sepatutnya berada di Sudan selama tiga bulan dalam program pertukaran Unicef.

Menurutnya, jika salah seorang dari kumpulanrakyat Malaysia di sana mula berfikiran negatif, ia akan membuatkan proses pemindahan lebih sukar, tetapi semuanya berjalan dengan lancar, dan bekalan makanan mencukupi.

Bertanya mengenai kesukaran yang dihadapi, Jasson berkata, jika tiada kesukaran yang dihadapi mungkin mereka dapat balik lebih awal dari masa yang dijangka.

“Sepanjang perjalanan, pengangkutan darat iaitu bas, dijangka dua belas hingga lapan belas jam yang mengambil masa 33 jam.

“Terdapat banyak checkpoints dan setiap kali berhenti akan ada pemeriksaan yang ketat di setiap checkpoints tapi kami bertuah walaupun mereka strict, tetap bagi kami lalui semuanya.

“Tapi disebabkan terdapat perintah berkurung, bas tidak dibenarkan bergerak lepas tengah malam, nasib baik kami berada di Qasala jadi berehat di situ,” ujarnya.

Keluarga mana yang tidak risau jika anak yang sentiasa memberitahu semua yang terjadi di sana secara tiba-tiba tidak dapat dihubungi. 

Begitulah perasaan seorang bapa kepada rakyat Malaysia di Sudan, Md Azzukhruffirdauz Kamaruddin, namun beliau bersyukur kerana tiada kejadian buruk terjadi ke atas anaknya.

“Dia tak kerap WhatsApp so kita agak risau macam baru-baru kena ini dia kata kalau ada masalah dia ada bagi nombor pegawai dari Kedutaan Malaysia. 

“Dia terjadi hari sabtu, Ahad tu kita contact, tapi pegawai tu kata memang diorang dah alert apa semua dan diorang pun dalam keadaan selamat,” katanya.

Pada masa yang sama, Muhd Saiful Adham Satiful Bahri berkata, dalam perjalanan pulang dari berbuka puasa di Petronas, dia terdengar bunyi seperti orang berperang.

“Masa nak balik tu bunyi orang perang, lepastu stay Petronas dan terus ke embassy,” jelasnya.

Tambahnya, beliau berada di Sudan untuk belajar bahasa Arab dan bersyukur kerana dapat pulang ke tanah air selepas negara itu menghadapi konflik dalaman.

Bercerita lanjut mengenai persiapan hari raya di Sudan, mereka beraya di Arab Saudi dan sambutan hanya dijalankan secara kecil-kecilan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor