HomeBeritaViralMarathon di London pakai Baju Melayu, lelaki ini raih Guinness Book Of...

Marathon di London pakai Baju Melayu, lelaki ini raih Guinness Book Of Records

CYBERJAYA: Nama Malaysia sekali lagi harum di persada dunia apabila seorang pelari maraton dan jurulatih larian, Mohd Syahidan Alias berjaya dalam percubaan Guinness Book Of Records bagi maraton penuh terpantas dalam Baju Melayu di Marathon London, baru-baru ini.

Mohd Syahidan, yang lebih mesra dikenali sebagai Edan Syah, 36, berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Alhamdulilah, misi tercapai! Kami mencapai misi di bawah tiga jam sebagai pemegang Guinness Book Of Records,” tulisnya.

Menariknya, Edan berjaya menamatkan maraton dengan berbaju melayu jenama Bulan Bintang dengan catatan masa 2 jam, 49 minit dan 22 saat.

Pada masa sama, Edan turut menzahirkan penghargaan kepada pihak syarikat itu kerana menaja pakaian lariannya itu.

“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat kerana mempercayai, memberi peluang dan menerima idea ‘luar kotak’ saya untuk projek ini.

“Anda berani mencipta penanda aras baharu tentang apa yang boleh dan melakukan perkara yang mustahil,” ujarnya.

Untuk rekod, Edan berjaya mencipta rekod dunia baharu bagi larian maraton terpantas dalam kategori kostum bendera negara dengan masa 2 jam, 54 minit di Sydney Marathon pada 2019.

Author

Pilihan Editor