HomeGaya Hidup‘Nervous’ nak jumpa bakal mertua raya kali ini? Ikuti 5 tips ini! 

‘Nervous’ nak jumpa bakal mertua raya kali ini? Ikuti 5 tips ini! 

SEMPENA perayaan Aidilfitri ini, pasti ramai pasangan ‘bercinta’ akan membawa buah hati berkunjung ke rumah untuk diperkenalkan kepada ahli keluarga.

Mungkin, ada sebilangan daripada anda berasa gementar untuk berdepan dengan keluarga si dia terutama bagi mereka yang dalam perancangan bertunang atau mendirikan rumah tangga.

Justeru, ikuti tips yang disediakan MEDIA VARIASI bagi memudahkan urusan anda bertemu dengan bakal keluarga mertua.

 

Tips 1: Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua adalah pada hari raya, hari kenduri ataupun sempena apa-apa majlis di mana tuan rumah mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding pada hari-hari biasa, lebih-lebih lagi jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu pada bakal mertua pasti keadaan akan menjadi sedikit janggal.

 

Tips 2: Bawa buah tangan

Sebelum datang ke rumah bakal mertua, anda disarankan membawa buah tangan khas untuk ahli keluarga sebagai tanda mengambil hati.

Nak lebih mantap, tanyakan kepada pasangan mengenai kegemaran bakal mertua dan hadiahkan kepada mereka. Terus jadi bakal menantu kesayangan!

 

Tips 3: Rajinkan diri membantu bakal mertua

Tips ini sangat penting untuk wanita kerana ia akan menampakkan kita seorang yang rajin tangan untuk menolong!

Setibanya di rumah bakal mertua, rajinkan diri bantu memasak atau menghidang makanan. Jika bakal mertua anda menolak, anda kena ‘cuba’ juga buat semua tu, barulah bakal mertua bangga dapat calon rajin macam anda!


Tips 4:  Jaga penampilan diri

Tanggapan pertama mereka buat kita adalah amat penting supaya bakal mertua dapat melihat bagaimana kita menjaga penampilan diri.

Maklumlah, mereka akan menyerahkan kehidupan anaknya kepada kita. Jadi, berpakaian sopan seperti berbaju kurung ataupun yang menutup aurat.

Jangan pakai pakaian yang terlalu menjolok mata dan jangan terlalu formal sampai pakai tali leher. Biar santai dan kemas.

 

Tips  5: Pandai memulakan topik perbualan

Ini perkara paling penting supaya suasana tidak menjadi kekok!

Sebelum datang, buatlah soal selidik mengenai pemahaman bakal mertua lebih kepada apa dan buat carian supaya perbualan dapat diteruskan.

Paling penting kena buat secara santai supaya tidak nampak sangat seperti kita merancang perbualan ye.

Untuk memikat bakal mertua bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi jika mereka seorang yang cerewet. Tetapi apakan daya jika kita sudah meminati anak mereka kan?

Jika pembaca ada pengalaman berjumpa dengan bakal mertua boleh kongsikan di ruangan komen supaya pembaca yang lain tidak ‘nervous’ sangat.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor