HomeBeritaViralNetizen ‘loya’ tengok peniaga simpan sos ayam percik dalam tong sampah

Netizen ‘loya’ tengok peniaga simpan sos ayam percik dalam tong sampah

CYBERJAYA: Sebut saja bazar Ramadan pasti terbayang pelbagai juadah makanan enak yang dijual seperti kuih pelita, murtabak, roti john serta ayam percik.

Baru-baru ini, seorang peniaga yang menjual ayam percik di sebuah bazar sekitar Pulau Pinang menjadi perhatian warga net.

Perkara itu susulan tular video memaparkan peniaga berkenaan sedang menyediakan sajian ayam percik yang dijualnya.

Rata-rata netizen terkejut melihat cara penyediaan ayam percik itu kerana kelihatan peniaga terbabit menggunakan sebuah tong besar berwarna hitam seperti tong sampah, untuk mengisi sos perapan ayam percik.

Malahan, ramai netizen yang meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa ‘loya’ akan cara penyediaannya itu.

“Bekas kuah yang tong hitam tu bukan untuk makanan sebab dia bukan food safe nanti bahan kimia dari tong tu masuk dalam makanan bila kuah panas.

“Ayam percik tong sampah. Ada bekas yang elok lagi boleh guna, asal boleh je. Sebiji macam tong sampah aku kat rumah abang oi.

“Tong tu khas untuk letak sampah pakcik. Pakcik ingat cuci bersih-bersih bahan kimia yang dipakai buat tong sampah tu akan hilang ke?,” tulis netizen.

Justeru, diharapkan para peniaga kekal menjaga kebersihan dan cara penyimpanan makanan haruslah diberi keutamaan sebelum menjual kepada pelanggan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor