CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang perayaan Aidilfitri tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi ciapan di Twitter milkinya, semalam.
“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” tulisnya.
Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh YAB PM @anwaribrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Stay tuned! @kpkt_gov #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/mssxk5cQcU
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) April 11, 2023
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga Twitter beranggapan khabar gembira itu adalah berkenaan pemberian tol secara percuma.
Malah, ada juga yang berharap Anwar bakal mengumumkan penambahan cuti umum sempena Aidilfitri.