HomeBeritaScammer berleluasa! Elak kongsi kod QR bank di media sosial

Scammer berleluasa! Elak kongsi kod QR bank di media sosial

CYBERJAYA: Trend perkongsian kod QR bank peribadi di media sosial untuk meraih duit raya daripada kawan-kawan wajar dihentikan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa scammer.

Menurut perkongsian seorang personaliti media sosial,Zhiddin Aziz, salah seorang kawannya berkongsi kod QR bank di media sosial, namun terpalit dengan sindiket scammer.

Menurutnya, modus operandi scammer itu adalah dengan mengatakan dia tersilap melakukan pemindahan wang ke akaun milik kawannya dan meminta untuk memulangkan wang terbabit kembali ke akaunnya semula.

Tindakan tanpa sedar itu membuatkan rakannya menerima panggilan telefon dari seseorang dan menuduhnya telah menipu duit orang.

“Modus operandi yang digunakan orang tu dia nak scam si boy (mangsa) tapi dia tak nak akaun dia kena aim, maka dia guna akaun orang lain.

“Hakikatnya itu bukan duit dia (scammer) tetapi duit orang yang dia scam.

“Dan orang yang kena scam itu pun, dia akan tuduh iman (mangsa) sebagai penipunya,” jelasnya.

Zhiddin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sewaktu berkongsi kod QR atau duit raya dalam talian di media sosial.

Jelasnya, tidak semua orang yang dianggap kawan itu boleh dipercayai kerana boleh jadi orang terdekat atau manusia di sekeliling kita adalah seorang penipu.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor