PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berkuat kuasa 1 April lepas.
Menurut MDEC dalam kenyataan hari ini, Syed Ibrahim berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Bhd iaitu dari 1989 hingga 2014 dengan jawatan terakhir adalah penolong pengurus besar.
“Beliau juga mempunyai pengalaman termasuk dalam bidang pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan projek, pemasaran dan jualan perdagangan, segmentasi dan analisis serta pengurusan teknologi maklumat dan sistem,” menurut MDEC. – BERNAMA