HomeBeritaViralTauke tipu 'customer', jual tayar lama pada harga tayar baharu

Tauke tipu ‘customer’, jual tayar lama pada harga tayar baharu

 

CYBERJAYA: Musim perayaan ini pasti ramai yang akan servis kereta di bengkel sebelum memulakan perjalanan balik bercuti di kampung.

Namun harus berhati-hati supaya tidak tertipu dengan bengkel yang mengambil kesempatan atas kekalutan pelanggan hendak balik kampung beraya.

Hal sedemikian telah menimpa seorang pengguna twitter @afyanIFP atau Afyan Mat Rawi yang telah terkena dengan sebuah bengkel sewaktu menukar tayar keretanya.

Afyan berkata, hanya setelah sampai di rumah baru dia teringat untuk menyemak tahun keluaran tayar yang baru ditukar itu.

Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana tayar yang dikatakan baharu itu sebenarnya sudah lama iaitu keluaran tahun 2019.

Menurutnya, dia nekad ke bengkel itu semula untuk mendapatkan kembali haknya.

Tambah Afyan, tauke kedai itu mendakwa tidak mengetahui tayar tersebut tayar lama.

Namun Afyan tidak mempercayai alasan tersebut lalu meminta wangnya dikembalikan dan dia bernasib baik tauke bengkel itu bersetuju setelah menolak upah pemasangan RM20.

Pada masa sama, beberapa netizen turut berkongsi tips jika membeli tayar keluaran lama, pelanggan boleh meminta diskaun sebanyak 30 peratus daripada harga tayar keluaran baharu walaupun tayar itu masih baharu.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor