KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. -BERNAMA