HomeBeritaWaktu operasi LRT, MRT, Monorail dilanjut hingga 1.30 pagi Sabtu ini

Waktu operasi LRT, MRT, Monorail dilanjut hingga 1.30 pagi Sabtu ini

CYBERJAYA: Waktu operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan sehingga pukul 1.30 pagi, pada Sabtu ini.

Perkara itu dikongsi Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) menerusi Facebook rasmi Rapid KL.

Dalam hantaran sama, Rapid Rail menyatakan keputusan itu diambil bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, stesen LRT, MRT dan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatan ialah LRT Laluan Kelana Jaya membabitkan stesen Masjid Jamek dan KLCC; LRT Laluan Ampang / Sri Petaling di Masjid Jamek; MRT Laluan Kajang, stesen Bukit Bintang dan Laluan Monorel pula stesen Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tunku dan Chow Kit.

“Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan,” maklumnya.

Pada masa, Rapid Rail turut menyatakan bahawa perkhidmatan bas perantara LRT 11 akan dilanjutkan sehingga pukul 1.30 pagi berikutan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petang.

Jelasnya, inisiatif itu dilaksana bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.

“Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan ketika menggunakan pengangkutan awam.
“Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di dalam pusat bandar,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor