KUALA LUMPUR: Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitulah Bulan Ramadan yang penuh ganjaran pahala, bulan Ramadan bakal melabuhkan tirainya.
Istimewa 10 malam terakhir Ramadan mengejar Lailatul Qadar bersama Yayasan Ikhlas menerusi siaran langsung Facebook.
Program siaran langsung ini juga turut menampilkan Faizal Ismail (FBI), Syahir (Af), Nadir Al Nuri (Cinta Gaza Malaysia) dan beberapa nama lagi.
Program ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada umat Islam khususnya, meningkatkan lagi amal ibadah 10 malam terahir di mana malam yang tidak akan kembali dalam mana-mana bulan, bahkan ianya lebih baik dari 1000 bulan.
Antara program yang diatur adalah ziarah, kasih Ramadan dan bubur lambuk, majlis bacaan yaasin dan tahlil, khatam perdana bersama artis jemputan, sembang moreh bersama panel selebriti, hadiah dan cabutan bertuah.
100 peserta terawal dibenarkan masuk ‘zoom meeting’ pada majlis bacaan yaasin dan tahlil pada 17 April ini.