HomeBeritaViralAliff Syukri guna Mira lariskan tudung dikecam netizen, dianggap ‘bad marketing’

Aliff Syukri guna Mira lariskan tudung dikecam netizen, dianggap ‘bad marketing’

CYBERJAYA: Ahli perniagaan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam teruk oleh netizen ekoran tindakannya menggunakan seorang pempengaruh sensasi, Mira, untuk mempromosikan jualan tudung keluarannya.

Baru-baru ini, nama Mira atau Amirah Aqilah Firdaus tidak lekang dari mulut warga net selepas tular kontroversi mengenai dirinya yang dikatakan penyondol dalam rumah tangga pengusaha terkenal di TikTok iaitu View Chin.

Aliff berkongsi sekeping gambar bersama Amirah menerusi Instagram miliknya dengan kapsyen ‘siapa tengok TikTok dengan gadis manis Mira tadi best tak’.

Bagi netizen, tindakan Aliff menggunakan wanita itu adalah untuk mendapat kecaman seterusnya menaikkan ‘engagement’ media sosialnya.

“Cari rezeki kena berkat. Tak malu ke datuk nak gunakan dia ini sebab nak ‘bad marketing’. Cari la model tak ada kontroversi, jangan nak normalisasi maksiat,” komen netizen.

Malah, ada juga yang menyedari Aliff sememangnya gemar mengambil kesempatan dari setiap isu yang viral demi kepentingan peribadi.

“Dah elok bini jadi model tudung itu nampak high class. Tapi bagi yang low class pakai auto tak ada value Datuk oi,” luah netizen.

“Sorry sebab perempuan ini dengan tudung-tudung Datuk tak minat. Jangan sebab budak itu viral, Datuk ambil kesempatan nak lariskan tudung itu. Baik Datuk suruh Shu, kami sokong, kalau perempuan ini sorry lah,” kongsi netizen.

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine bergolak selepas bekas isterinya itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya bersama pekerjanya sendiri iaitu Mira di media sosial baru-baru ini.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

Author

Pilihan Editor