HomeGaya HidupAnak demam, cirit-birit lepas mandi kolam? Ketahui puncanya..

Anak demam, cirit-birit lepas mandi kolam? Ketahui puncanya..

 

CYBERJAYA: Rata-rata anak kecil pasti teruja saat melihat kolam renang lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan.

Satu keseronokan buat anak kecil jika diberi peluang untuk bermandi-manda di kolam namun ada sebilangan dari kanak-kanak tiba-tiba jatuh sakit seperti mengalami cirit-birit sebaik sahaja selesai mandi kolam.

Menurut seorang pengamal perubatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari, terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan si kecil jatuh sakit selepas mandi kolam.

“Kadang tu ada mak ayah yang datang beritahu anak dah beberapa hari demam panas tak kebah kebah. Lembik lesu tubuh kecil budak tu.

“Ada yang terbatuk-batuk, cirit birit, sakit perut memanjang sampaikan hilang selera nak makan lepas mandi kolam. Ni semua sebenarnya boleh jadi akibat Recreational Water Illness (RWI).

“Sebab tu kena berjaga jaga sikit bila pergi ke kolam mandi ni. Lagi pulak bila dah ramai sangat masuk mandi kat situ. Tak mustahil najis dan air kencing bercampur sekali kat situ. Memang beranak pinak lah kuman kat dalam tu,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Tambah beliau, terdapat pelbagai jenis kuman dalam kolam renang seperti E. Coli (yang jadi punca cirit-birit), Legionella (punca jangkitan pada salur pernafasan) dan banyak lagi.

Justeru Dr Ahmad Luqman menyarankan ibu bapa melakukan tiga panduan ini bagi mengelakkan penyakit berbahaya.

1- Sebelum nak masuk mandi atau lepas keluar je dari kolam mandi tu, make sure bilas badan si kecil dengan air bersih.

2- Jangan bagi anak mandi kolam kalau dia tengah cirit-birit. Mana yang masih pakai pampers, tukarkan selalu pampers dan bersihkan elok elok. Yang dah pandai ke tandas, ajaklah dia ke tandas bila nak buang air.

3- Pesan pada anak, jangan telan air kolam tu. Ingatkan berulang-ulang kali pun tak apa.

Author

Pilihan Editor